PBAKL 2010 berlangsung dari 19 Mac hingga 28 Mac. Semua kakitangan PTS bertungkus-lumus memberikan yang terbaik buat pelanggan PTS. Berkat usaha semua aktiviti di gerai PTSĀ berjalan lancar.
Walaupun semua kakitangan PTS memberikan tumpuan kepada PBAKL, pihak Akademi Latihan tetap menjalankan kursus untuk mereka yang memerlukan latihan. Dua kursus dijalankan sepanjang pesta buku berlangsung iaitu kursus suntingan dan kursus Adobe Indesign. Peserta kursus ini terdiri daripada kakitangan baru PTS One dan juga freelance Islamika.
Semoga mereka beroleh manfaat daripada kursus ini dan mampu menghasilkan produk berkualiti seterusnya memandaikan bangsa.
