Akademi Latihan Penerbitan PTS menganjurkan Kursus 5 Langkah Photoshop Menghasilkan Imej Hebat. Kursus ini disampaikan oleh Pengarah Seni, En. Hisham Salmin bertempat di pejabat PTS. Ia hanya berlangsung dalam 45 minit.
Dalam kursus ini beliau memberikan pelbagai panduan dan tip berkaitan fotografi. Beliau juga menerangkan 5 langkah yang dapat dilakukan ke atas gambar yang diambil menggunakan Adobe Photoshop supaya peserta dapat mempersembahkan imej yang hebat dan bermakna. Ilmu ini bukan sahaja dapat diaplikasikan dalam gerak kerja penerbitan, malah berguna buat mereka yang suka berkongsi imej dengan rakan-rakan dan mahu menghargainya.
