Dalam menyusun atur, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Cantik, menarik dan yang penting mudah dibaca bergantung pada kebijaksanaan penyusun atur. Antara peraturan dan teknik menyusun-atur dihuraikan di bawah:
Guna paragraph formatting bukan enter/return
Setiap perenggan, tajuk, nombor, jadual dan sebagainya dipisahkan dengan saiz ruang tertentu. Gunakan paragraph formatting bagi mencipta ruang ini dan bukan enter. Ini bagi memudahkan kita menyusun atur teks, ‘mencuri’ ruang di dalam text frame dan kemas kini apabila perlu kemudian nanti.
Tidak terlalu banyak jenis font
Tiada juga peraturan khusus bagi jumlah font yang boleh digunakan. Menggunakan 3 hingga 4 jenis font sudah memadai. Optimumkan penggunaan setiap jenis font (italic, bold) bagi membezakan teks, judul, subjudul, caption. Apabila kita menggunakan terlalu banyak font, ia mengelirukan pembaca dan layout nampak tidak kemas.
Gunakan font yang sesuai dengan jenis produk dan pembaca
Terdapat pelbagai jenis font dan setiap font ada temanya dan sesuai digunakan bagi menulis perkara-perkara berkaitan dengan temanya sahaja. Ada font yang membawa tema api, ais, gembira, menakutkan, professional, akademik dan sebagainya. Jadi, pilih yang sesuai.
Pilih saiz font dan leading yang sesuai dengan saiz buku
Pilih saiz yang sesuai supaya teks tidak terlalu rapat, layout kelihatan kemas dan senang dibaca.
Paragraph style
Guna fungsi paragraph style dalam indesign supaya kerja layout menjadi cepat, kemas dan mengurangkan kesilapan. Mudah dikemas kini apabila perlu dilakukan perubahan pada akhir tempoh projek.
Elak ‘widow’ dan ‘orphan’
Jangan biarkan wujud widow dan orphan. Guna fungsi keep option dalam indesign bagi mengawal keadaan ini.
Baris ayat yang rapat
Semasa pruf jangan lupa semak juga baris-baris ayat yang terlalu rapat. Guna tracking bagi menjarakkannya.
Guna Tab Stop untuk Nombor dan Bullet
Ramai yang suka menggunakan kekunci spacebar bagi mengadakan jarak antara nombor ataupun bullet dengan teks yang mengikutinya. Cara ini salah. Cara yang betul adalah menggunakan tab stop bagi menentukan kedudukan teksnya.
Hyphen
Sebaik-baiknya guna hypen automatik dengan bantuan Dewan Eja Pro untuk Adobe Indesign CS3 ke bawah. Bagi CS4 proses meletak hyphen secara manual dilakukan pada peringkat terakhir layout bagi mengelakkan hypen ini ‘berlari-lari’. Dijangkakan pada Mac 2010, Dewan Eja Pro untuk CS4 siap dan dapat digunakan.