Feeds:
Posts
Comments

“Pun” dieja bercantum
“Pun” yang dieja rapat atau bercantum dengan perkataan sebelumnya hanya ada 13:

1. adapun
2. andaipun
3. ataupun
4. biarpun
5. bagaimanapun
6. kalaupun
7. kendatipun
8. lagipun
9. mahupun
10. meskipun
11. sekalipun
12. sungguhpun
13. walaupun

“Pun” dieja jarak
“Pun” yang membawa makna “juga” perlu dieja terpisah daripada perkataan sebelumnya. Contoh ayat:
Aku pun terus ketawa.
Mereka pun kecewa.

PBAKL 2010 berlangsung dari 19 Mac hingga 28 Mac. Semua kakitangan PTS bertungkus-lumus memberikan yang terbaik buat pelanggan PTS. Berkat usaha semua aktiviti di gerai PTS  berjalan lancar.

Walaupun semua kakitangan PTS memberikan tumpuan kepada PBAKL, pihak Akademi Latihan tetap menjalankan kursus untuk mereka yang memerlukan latihan. Dua kursus dijalankan sepanjang pesta buku berlangsung iaitu kursus suntingan dan kursus Adobe Indesign. Peserta kursus ini terdiri daripada kakitangan baru PTS One dan juga freelance Islamika.

Semoga mereka beroleh manfaat daripada kursus ini dan mampu menghasilkan produk berkualiti seterusnya memandaikan bangsa.

Salah satu kursus di bawah siri kursus teknik berfikir adalah Kursus Problem Solving By Design. Kursus ini diadakan pada 11 Mac 2010 di bilik mesyuarat utama PTS. Jurulatihnya adalah Puan Ainon Mohd, pakar teknik berfikir. Seramai 24 peserta menghadirinya yang datang daripada pelbagai jabatan di PTS.

Dalam kursus ini diterangkan Problem Solving by Design Vs. Problem Solving by Analysis (cara berfikir tradisional). Dalam banyak perkara kita perlu menggunakan problem solving by design, tetapi kebanyakkan daripada kita tidak mengamalkannya dan terbiasa berfikir secara tradisional.

Bila kita perlu menggunakan problem solving by design? Perlu digunakan apabila punca masalah tidak dapat dikenal pasti, tahu puncanya tetapi tidak dapat dibuang, terlalu banyak punca, dan too late iaitu benda sudah berlaku.

Pada 17 Februari 2010, Akademi Latihan Penerbitan PTS menganjurkan Kursus Parallel Thinking. Kursus ini bertempat di pejabat PTS. Ia dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd.. Dalam kursus para peserta diterangkan bagaimana kebiasaannya orang kita berfikir dan apakah pengaruhnya. Kemudian para peserta diajar apa kepentingan parallel thinking, bila dan bagaimana perlu menggunakannya. Ilmu ini perlu diaplikasikan terutama apabila kita mahu menggalakkan wujudnya idea-idea dan penemuan baru.

Akademi Latihan Penerbitan PTS menganjurkan Kursus 5 Langkah Photoshop Menghasilkan Imej Hebat. Kursus ini disampaikan oleh Pengarah Seni, En. Hisham Salmin bertempat di pejabat PTS. Ia hanya berlangsung dalam 45 minit.

Dalam kursus ini beliau memberikan pelbagai panduan dan tip berkaitan fotografi. Beliau juga menerangkan 5 langkah yang dapat dilakukan ke atas gambar yang diambil menggunakan Adobe Photoshop supaya peserta dapat mempersembahkan imej yang hebat dan bermakna. Ilmu ini bukan sahaja dapat diaplikasikan dalam gerak kerja penerbitan, malah berguna buat mereka yang suka berkongsi imej dengan rakan-rakan dan mahu menghargainya.

Pada 3 February 2010, Akademi Latihan Penerbitan PTS mengadakan kursus lateral thinking khusus untuk staf-staf PTS. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd. pakar teknik berfikir.  Seramai 25 orang peserta menghadiri kursus itu. Para peserta diterangkan konsep lateral thinking dan bagaimana mengaplikasikannya di tempat kerja. Apabila para pengurus mengamalkan teknik berfikir ini, mereka mampu mendorong kakitangannya menghasilkan idea-idea yang lebih bagus dan berani mencuba perkara baru. Kursus 45 minit ini mampu mengubah cara berfikir para peserta. Kursus ini ringkas, padat dan berkesan.

Puan Ainon Mohd. sedang menerangkan konsep lateral thinking kepada para peserta

Peserta kursus khusyuk menghayati ilmu yang sedang disampaikan

Bagi menjadi freelance editor yang berjaya, perkara-perkara berikut perlu diamalkan:

  1. Tahu kehendak penerbit. Kursus yang dianjurkan bertujuan memaklumkan kepada freelance kehendak dan gaya penerbitan PTS.
  2. Mampu mematuhi deadline yang ditetapkan.
  3. Belajar daripada editor pengurusan dari aspek suntingan dan kemahiran menggunakan perisian. Akademi Latihan juga menyediakan khidmat kelas tambahan untuk kemahiran menyunting dan Adobe Indesign. Hanya perlu membuat temu janji, kemudian boleh datang belajar.
  4. Selalu bertanya perkara yang tidak jelas dan jangan malu.
  5. Mematuhi gaya dalaman penerbit dan ketahui pantang larangnya.
  6. Sentiasa mahu belajar dan mencuba kemahiran baru.
  7. Ambil perhatian perkara yang ditegur oleh editor pengurusan.
  8. Teliti, cermat, sabar, kritikal dan kreatif.
  9. Mahir menggunakan peralatan yang berkaitan seperti komputer, perisian penerbitan, internet, alat social network bagi memudahkan editor berhubung dengan freelance.
  10. Bersedia pada bila-bila masa bagi menghadirkan diri ke mesyuarat berkaitan projek bersama-sama editor mahupun penulis.

Fog indeks atau indeks kabus ialah alat mengukur tahap kebolehbacaan bahan bacaan seperti buku, majalah akhbar dan sebagainya. Indeks kabus juga dikenali sebagai indeks kebolehbacaan atau readibility indeks. Apabila bahan bacaan itu mudah difahami oleh pembaca sasaran bermakna indeks kabusnya rendah dan begitulah sebaliknya. Indeks kabus rendah menunjukkan bahan bacaan itu sesuai diterbitkan.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh Majalah Reader’s Digest menggunakan indeks kabus kanak-kanak berumur 12 tahun. Itulah sebabnya kandungan majalah itu mudah difahami. Manakala majalah Times menggunakan indeks kabus remaja Amerika 18 tahun.

Penulis perlu tahu siapakah golongan pembacanya. Apabila bahan bacaan itu ditujukan kepada golongan ibu bapa indeks kabus sebaik-baiknya 18 tahun ataupun kurang. Ini kerana golongan ibu bapa mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan ada yang berkahwin sebaik sahaja tamat SPM. Bagaimana cara mengujinya? Apabila selesai menulis, berikan bahan penulisan itu kepada individu yang berusia 18 tahun dan uji kefahaman mereka. Bahan itu layak diterbitkan dan indeks kabusnya rendah sekiranya ia dapat difahami olehnya. Apabila menulis buku untuk kanak-kanak  prasekolah, uji pula kefahaman kanak-kanak 6 tahun.

Tanda soal digunakan untuk ayat pertanyaan. Adakalanya ayat itu sekali dengar ataupun baca, ia seperti ayat pertanyaan tetapi ia tidak perlu menggunakan tanda soal pada hujung ayat. Ayat jenis ini ditulis sebenarnya bukan mahu bertanya, tetapi mahu memancing interest. Orang yang menulisnya mahu menarik orang lain supaya membaca apa yang ingin disampaikan.  Ayat jenis ini tidak perlu tanda soal. Ayat yang digunakan sebagai tajuk buku dan subtajuk kebanyakannya bukan ayat tanya, tetapi mahu memancing interest. Ini salah satu teknik copywriting. Antara tajuk buku PTS yang menggunakan ayat jenis ini adalah Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan dan Apa Itu Hadis. Tajuk entri ini juga salah satu contoh yang betul.

Pada 18 Januri 2010, Akademi Latihan PTS menganjurkan Kursus Menggunakan Wacom Tablet. Kursus ini khusus buat mereka yang baru mengenali wacom tablet ini dan mahu mempelajari teknik asas menggunakannya. Kursus asas menggunakan wacom tablet ini disampaikan oleh saudara Nor Azri b Nor Azmi grafik artis PTS One. Beliau memang berpengalaman dan mahir menggunakannya.

Semoga kursus seperti ini mampu meningkatkan profesionalisme dalam kalangan editor.